Komen Terkini

Ahad, 9 Mac 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370


Semalam 8 Mac 2014 kita dikejutkan dengan berita tentang kehilangan sebuah pesawat penumpang milik Malaysia Airline System (MAS). Penerbangan MH370 menggunakan pesawat B777-200 itu membawa seramai 227 orang penumpang dan 12 krew telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2.40 pagi. Pesawat MH370 itu sepatutnya dijadualkan mendarat di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Pesawat tersebut dipandu oleh juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah (53 tahun), seorang juruterbang yang sangat berpengalaman. Beliau dibantu oleh Fariq Ab. Hamid (27 tahun)


Terdapat pelbagai spekulasi berhubung kehilangan pesawat MH370 ini namun sehingga sekarang tiada apa yang betul-betul dapat mengesahkan kemalangan ini. Hanya yang pasti ianya terputus hubungan dan hilang daripada radar. Walaubagaimanapun misi usaha mencari dan menyelamat sudah dijalankan.


Pesawat Boeing 777-200 mempunyai rekod keselamatan yang sangat baik dan telah terbang selama lebih kurang 20 tahun. Kapal terbang biasanya tidak cenderung untuk mengalami kemalangan pada aras ketinggian. Sebaliknya masa yang paling bahaya ialah pada ketika berlepas dan mendarat. Kali terakhir kemalangan besar pada tahap ketinggian ialah Air France 447 yang terhempas pada tahun 2009.



Jika benar kemalangan pesawat MH370 dapat disahkan, yang pastinya sudah tentu akan ada siasatan di pelbagai peringkat oleh pihak Boeing, NTSB dan FAA. Maka akan ada premium, seperti biasa, untuk memulihkan dua kotak hitam pesawat (perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit).


ABC Entertainment News | ABC Business News

Justeru itu, sama-samalah kita terus berdoa agar pesawat tersebut ditemui dan selamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...